Thursday, August 26, 2010

DATO PA ZIARAH KELUARGA ARWAH EDAN


LAKOTA, 24 OGOS 2010 - Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed dekat sini meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham Shahidam Mohamed Yusoff,15,pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli yang maut dalam kemalangan baru -baru ini di kawasan rehat dan rawat Gemang.

Kunjungan Dato Sri Mustapa Mohamed disambut dengan penuh senyuman oleh ayah Allahyarham, Mohd Yusoff Ismail, 58 dan ibunya Semah Mamat,56.

Kesempatan menziarahi keluarga Allahyarham sempena bulan Ramadhan ini mengeratkan lagi ukhuwah antara kedua-dua pihak apabila keluarga Allahyarham turut berasal dari Bachok dan mempunyai keluarga di sana.

Dalam kejadian sebelum ini, Allahyarham Shahidam dikatakan dalam perjalanan membeli buah kurma di Bazar Ramadhan seblum terlibat dalam kemalangan tersebut.

Shahidam dikatakan membuat pusingan ‘U’ secara mengejut di hadapan hentian Rehat dan Rawat (RR) Gemang dekat sini sebelum motosikal ditungganginya merempuh treler dari arah bertentangan menyebabkan mangsa diseret beberapa meter.

Turut sama dalam ziarah itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Gemang, Abd.Razak Ismail.